Oh Hidupku!
ku seru…
ku seru nama Mu selalu,
kala diriku
kala dudukku
kala baringku.
Oh Nyawaku!
ku seru…
ku seru nama Mu bersatu,
dengan darahku
tiap sedut nafasku.
Oh Rinduku!
ku seru…
ku seru nama Mu bertalu,
selaju degup jantungku
selaju air mata kerinduanku.
Oh Cintaku!
Dakapku dalam hangat belaian Mu…
Biarku lupa
Pada matahari dan bulan yang bertukar
Pada beburung yang berkiau, hingar.
Oh Matiku!
Ku seru…
Ku seru hadir Mu
Ku nanti panggilan Mu
Untuk kembali kepangkuan Mu
Membawa jia dan cinta bersatu…
:: :: ::
qUpie
020306
Wednesday, March 26, 2008
ku seru
Posted by qarienupi at 00:06 0 comments
Labels: gema hati q
Monday, March 24, 2008
untuk 'kau'
“ …aku masih seperti yang kau kenal,
walau ‘kita’ tidak lagi seperti dulu.
Janjiku, setia…
Biar tak lagi bersua, kurela.
Moga doaku untukmu lebih maqbul…
Bergema antara bumi dan langit dunia…”
:: :: :: ::
qUpie
kotakulai
110806
Posted by qarienupi at 00:01 0 comments
Labels: untuk sahabat
Saturday, March 22, 2008
yakinlah!
Kalau rasa yakin itu ada
Diri pasti tak akan gelisah
Kalau rasa yakin itu ada
Hati pasti tak keluh kesah
Kalau rasa yakin itu ada
Segalanya kan tampak mudah
Kerna,
Kalau rasa yakin itu ada…
Ertinya kau tahu erti berserah
Pada yang MAHA Menjadikan,
MAHA Pengasih dan MAHA Pemurah
Yang takkan mensia-siakan segala permohonan
Hamba-hambaNYA
Tika mana di SISINYA segala terserah…
Yakinlah!
:: :: ::
qUpie
syaq6alex
1jul05
Posted by qarienupi at 14:26 0 comments
Labels: katakata-q
Sunday, March 16, 2008
Perasaan memang suatu perkara yang abstrak.
:: :: ::
Seperti hari-hari semalam, malam-malam kelmarin, ombak itu…tetap datang dan pergi menghempas pantai…menyapa pantai. Dan tepian pantai yang kering itu…akhirnya kembali basah dan kelembapan. Ombak tak henti-henti dan tak pernah jemu-jemu begitu …kerana ia hanya mengikut perintah DIA yang MAHA KUASA…dan perintahNYA begitu…
Lalu diri ini? Hati ini? Jiwa ini?
Argh! Jangan diturutkan sangat perasaan dan hati itu…usah biarkannya digelitik oleh syaitan! Ingat TUHAN…ingat…seseorang hamba yang benar-benar kenal TUHANnya, dia takkan merasa takut atau bimbang tentang hidupnya. Dia akan serahkan segala-galanya kepada DIA…RABBnya…TUHAN PENTADBIR yang selayak-layaknya mentadbir alam ini…dan seisinya…Yang mentadbir alam ini dengan Rahman dan RahimNYA. Yang takkan sesekali mensia-siakan hamba-hambaNYA. Yang akan memberikan setiap yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang berserah diri padaNYA…yang berbaik sangka padaNYA…yang meyakini ketentuanNYA…yang meredhai setiap Qadak dan QadarNYA…
Oh hati! Tenanglah…jadilah seperti ombak itu yang patuh dan setia………jadilah juga seperti pantai itu yang tabah dan redha…
:: :: :: :: ::
qUpie
malamygkegelisahan
syaq6alex
Posted by qarienupi at 14:17 0 comments
Labels: gema hati q
Tuesday, March 11, 2008
menahanmu
Menahanmu…
Kelu hati bergaduh
Tak mahu kau jauh
Namun…
Tiba masa kau pergi…kau pergi
Datangmu menghambat suram
Pergimu membawa riang
Kini…
Tinggal aku seorang.
qUpie
sabarlah hati
290kt05
Posted by qarienupi at 14:45 0 comments
Labels: untuk sahabat
Monday, March 10, 2008
aku yang hina
oh Tuhanku…
dimanakah tempat yang selayaknya untukku
berpaling…
lalu meletakkan wajah hina ini…?
bilamana tiap kejahatan dan keburukanku
KAU balasi dengan kebaikan dan kemanisan…
oh Tuhanku…
bertambahlah cintaku ini padaMU
berahilah rasa rinduku ini padaMU
lalu,
bantulah aku dalam menzahirkannya
pada seluruh hidupku
dan seluruh ibadatku
izinkanlah aku oh TUHAN…
menyerahkan seluruh hidup matiku
jasad dan rohku
lisan dan ingatanku
hanya pada MU…
hanya pada MU………
:: :: :: :: ::
qUpie
markazAlex
5jul05
Posted by qarienupi at 14:04 0 comments
Labels: gema hati q
Saturday, March 8, 2008
sakit
... .....
“ aku seboleh-bolehnya cuba…untuk tidak menyakiti…kerana aku sendiri takut kalau-kalau aku tidak tahan apabila disakiti…”
Posted by qarienupi at 15:08 0 comments
Labels: katakata-q
Thursday, March 6, 2008
kosong
Ya Ilahy,
kesedihan keseorangan slalu buat aku rasa dekat n inginkan KAU
tapi aku tak mampu menangis lagi
aku tak mahu hidup sendiri
Ilahy,
kegembiraan keramaian seringkali buat aku terlupakan KAU
n rasa berat untuk meninggalkan bahagia
tapi aku tak mampu jauh dari KAU
aku tak mahu lupakan KAU
lalu bagaimana TUHANku?
dalam kesedihan n kesunyianku, aku rasai ni’matnya sepi.
dalam kegembiraan n keramaianku, aku rasa kosongnya tawa ini.
211207
Posted by qarienupi at 14:55 0 comments
Labels: gema hati q
Tuesday, March 4, 2008
dari hati ii
” sepatutnya kecintaan itu,
akan buat kita lebih kuat n bersemangat.
seandainya kecintaan itu lebih membuatkan kau lemah,
membuat kau jatuh…
lepaskan - tinggalkan - lupakan.
n kau harus kuatkan tekad n keinginanmu untuk itu.
kerna hidup bukan sekadar melayan perasaan.
hidup terlalu singkat untuk dilukakan - “
< hidup hanya untuk DIA>
191207
Posted by qarienupi at 14:44 0 comments
Labels: katakata-q
Monday, March 3, 2008
dari hati
“ kau takkan dapat merasai penting dan indahnya persahabatan, bila kau punyai keluarga yang bahagia dan selalu ada untukmu, justeru keluargamu itu menjadi sahabat karibmu.
namun, andai kau tak punya keluarga atau tak dapat merasakan penting dan indahnya keluarga itu, pastikan kau punya sahabat karib yang setia lagi sejati. justeru sahabatmu itu akan menjadi keluargamu…”
181207
Posted by qarienupi at 14:33 0 comments
Labels: katakata-q
Sunday, March 2, 2008
mencari ruang
_________
mencari ruang sunyi
mencari ruang sepi
untuk duduk sendiri
mendengar suara dalam hati
yang dalam dan sangat merintih
mengharap belas
mengharap didengari
kenyataan yang slalu pedih
kebenaran yang selalu berdalih
kebaikan yang menuntut bukan sedikit
air mata mengalir
memberat di dada
menenggelam sedikit demi sedikit
tembok kekuatan dan tali harapan
saatnya mencari ruang dalam diri
melepas sendu dan lelah sendiri
agar masih upaya melarik tawa
kerna mereka harus selalu terhibur
dengan manis muka dan keletah ceria
sedang hujan masih rintik.rintik
_________
qUpie
101207
Posted by qarienupi at 14:30 3 comments
Labels: gema hati q