ada yang TUHAN mahukan darimu
bila DIA turunkan hujan lebat
saat kau harapkan panas terik
...DIA mahu kau bersabar
ada yang TUHAN mahukan darimu
bila DIA buat kau terderita sakit
saat kau harapkan kesehatan yang baik
... DIA mahu kau bersabar
ada yang TUHAN mahukan darimu
bila DIA buat kau rasa sulit dan takut
saat kau harapkan lapang dan tenang
... DIA mahu kau bersabar
ada yang TUHAN mahukan darimu
untuk tiap apa yang DIA saja timpakan hadapkan padamu
DIA mahu kau bersabar
...dan tetap tersenyum.
::qUpie::
Saturday, August 29, 2009
ada yang TUHAN mahukan darimu
Posted by qarienupi at 01:15 1 comments
Labels: gema hati q
Wednesday, August 26, 2009
puasa itu...
puasa itu, MENAHAN...
.laparnya perut
..jahatnya mulut
...nakalnya mata
....gatalnya telinga
.....ligatnya tangan
......lincahnya kaki
.......busuknya hati
.........menahan diri dari segala yang DIA benci.
romadon, moga kau n aku menjadi 1
::qUpie::
3romadon1430
Posted by qarienupi at 00:40 0 comments
Labels: katakata-q
Thursday, August 20, 2009
jangan sampai celaka
keberuntungan seorang hamba adalah apabila dia tidak lupa kepada TUHANnya, dan TUHANnya juga tidak melupakannya.
sedang kecelakaanlah buat seorang hamba apabila dia lupa kepada TUHANnya dan TUHANnya juga melupakannya.
Posted by qarienupi at 01:45 0 comments
Labels: katakata-q
Tuesday, August 4, 2009
hamba yang hebat
hamba ALLAH yang hebat, pastinya yang kesibukannya untuk dunia di siang hari tidak membuatnya lelah untuk menunaikan amanahnya, menghamba diri pada tuhannya di sepertiga malam, dan kesibukannya ber3ibadah dan mengadu kaseh di sepertiga malam tidak melemahkannya untuk meneruskan amanahnya sebagai seorang manusia di siang hari.
::qupie::
Posted by qarienupi at 23:39 1 comments
Labels: katakata-q