:: :: ::
Seperti hari-hari semalam, malam-malam kelmarin, ombak itu…tetap datang dan pergi menghempas pantai…menyapa pantai. Dan tepian pantai yang kering itu…akhirnya kembali basah dan kelembapan. Ombak tak henti-henti dan tak pernah jemu-jemu begitu …kerana ia hanya mengikut perintah DIA yang MAHA KUASA…dan perintahNYA begitu…
Lalu diri ini? Hati ini? Jiwa ini?
Argh! Jangan diturutkan sangat perasaan dan hati itu…usah biarkannya digelitik oleh syaitan! Ingat TUHAN…ingat…seseorang hamba yang benar-benar kenal TUHANnya, dia takkan merasa takut atau bimbang tentang hidupnya. Dia akan serahkan segala-galanya kepada DIA…RABBnya…TUHAN PENTADBIR yang selayak-layaknya mentadbir alam ini…dan seisinya…Yang mentadbir alam ini dengan Rahman dan RahimNYA. Yang takkan sesekali mensia-siakan hamba-hambaNYA. Yang akan memberikan setiap yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang berserah diri padaNYA…yang berbaik sangka padaNYA…yang meyakini ketentuanNYA…yang meredhai setiap Qadak dan QadarNYA…
Oh hati! Tenanglah…jadilah seperti ombak itu yang patuh dan setia………jadilah juga seperti pantai itu yang tabah dan redha…
:: :: :: :: ::
qUpie
malamygkegelisahan
syaq6alex
1 year ago
0 comments:
Post a Comment