CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, July 17, 2009

kerna aku hidup untuk

kerna aku hidup untuk matiku
lalu untuk apa menanam bunga
bunga kan layu
mungkin juga aku gugur dahulu
sebelum bunga itu sempat menguntum

kerna aku hidup untuk matiku
lalu untuk apa mengintai langit
mengira bintang berserakan indah
di dada malam yang taat
mungkin saja aku yang dahulu berserakan tulang
di perut bumi yang tanahnya memerah basah
sebelum bintang jatuh seluruhnya

kerna aku hidup untuk matiku
lalu untuk apa rasa cinta dan rindu
cinta yang menyeksakan, rindu yang melemaskan
kerna mungkin saja aku yang mati dahulu
sebelum cinta dan rindu membunuhku.

kerna aku hidup untuk matiku.

(kemudian aku ingin HIDUP setelah matiku.selama-lamanya.)

2 comments:

Masturah Abu Bakar said...

Tika saat rindumu semakin sarat, ingatilah DIA. Kerana sesungguhnya jika hatimu mengingati DIA dan ketika itu juga aku mengingatiNya, di sana hakikatnya hati kita telah bertemu. Kita terikat bukan kerana mahu hari-hari dipenuhi temu dan bukan kerana mahu hati-hati dipenuhi jemu. Kita terikat adalah kerana kita mencintaiNya dan mendambakan pertemuan selalu di syurga.

-Doakan aku di sini, berjuang untuk Ad-Deen, sesungguhnya berjuang adalah mencipta seni untuk mati.-

..Layyinulharir..

qarienupi said...

aku tidak mahu mencipta rindu, tapi sangking asiknya rindu itu mendampingiku.

andai perjuangan yg kau pilih, maka doaku moga2 kau diberi jalan juang,

andai syaheed yg kau dambakan,
maka doaku moga2 kau menjadi sebahgian syuhadak.

aku mendoakan apa yg kau mahukn, kerna aku tahu kau takkan sesekali berharap pada kecelakaan dirimu sendiri.

andai berjuang itu mencipta seni untuk mati, lalu pertemuan itu adalah pintu menuju perpisahan.