bila rasa sedih
mahu bercerita
aku tak tahu nak cerita pada siapa
kalau ada pun;
aku xsampai hati nak cerita
aku takut menyusahkan
takut juga mereka buat tak heran
takut juga mereka kata 'ngadulah pada TUHAN'.
sebenarnya
aku tak tahu nak cerita macam mana
atau sebetulnya
aku memang takde sesiapa
bila rasa sakit
sangat sakit
sekadar ingin melepas kata 'sakitnya...'
bukan mengeluh
bukan xredo.
tapi sungguh sangat sakit
tak terluah. atau takut nak kata
nanti orang meluat
macam kita saja yang sakit
dah la memang memanjang sakit
jadi diam2 sudah la
ada orang lain lebih teruk dari kita
bila rasa gembira
ingin berkongsi kesyukuran
tapi aku pun tak tahu nak kongsi pada siapa
kalau ada pun;
aku takut nak bercerita
takut2 waktu tu mereka sedang berduka
patutkah aku bersuka2
sebenarnya aku pun tak tahu patut ke kongsi
takut macam bangga kan diri
sulit dan rumit
mengapa begini jadinya?
1 year ago
5 comments:
bila sulit & rumit..
hati bagai digamit..
semuanye amat perit..
lalu tersungkur sakit..
salam...
rasa berbaul sedih sakit dan perit
riang gembira senyum dan tawa
dalam hati semua rasa kita merasa
tapi adakah semua dikongsi bersama
sudikah teman untuk sama merasa
tuhan menjadi teman setia
teman bicara semestinya ada
jangan perasangka dalam jiwa
kita semuanya sama..kadang sedih kadang berduka
hari ini hari kita
esok lusa...mungkin dia
berkongsi rasa sesama
barulah hidup penuh makna
merasai nikmat suka dan duka
menambah ceria hidup kita
p/s: mengaduh pada tuhan memberi ketenangan...mengaduh pada kawan memberi kekuatan
terima kaseh puan naz kerna sudi berkongsi kata
maaf andai kata2 sy tu mengundang slh mkna. he
sy xbprasangka dgn mereka. mana mgkin sy layak bprasangka buruk pd org lain. sy bprasangka dgn diri sendiri. dan memang itu selayaknya.
mmg smua manusia sama. tapi xsmua manusia ada teman setia. yg sama2 eklas berkongsi rasa, sama2 sudi menangis tawa hingga akher usia. kalau ada pun,saat usia dan keadaan bganti, semua menyepi. tapi itu lumrah, kerna tiada yang kekal di dunia ini melainkan DIA.
tak dinafikan juga ada, dan sangat sedikit. dan siapa yg mempunyai sahabat seperti itu selayaknya bersyukur dan menghargai.
(he. 'mengapa begini jadinya' adalah respon pe yg salu tjadi pd sy bila sy sgt runsing. sy jd keliru. sy manusia yg lemah. padaNYA sy berharap )
salam...ermm...
"mengapa jadi begini?"
'Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu...'
sesuai ke tu tu??? huhu..kita sama.... kerana kita manusia yang lemah..
salam ziarah...ermmm
"mengapa jadi begini?"
'Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu...'
sesuai ke tu???huhu...kerana kita manusia..kita sama...
Post a Comment