CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, June 8, 2008

di sebalik wajahmu, di sebalik hatiku


Menatap di sebalik ceria n damai wajahmu wahai adik,
Ku cuba selami keperitan yg tega kau sembunyikan
Demi menelan semua dgn redo, sendirian.
Demi tak mahu mereka yg menyayangimu kegusaran

Menatap di sebalik wajah2 manismu wahai adik,
Di dalam tiap lirik senyummu
Kucuba rasai segala kesakitan n kesedihan
Yg slama ini menjadi santapan

Duhai adik,
Andai sudah takdir-NYA , aku ditemukan dgn mu

untuk berdamping dgnmu
Seketika, membuatmu tersenyum dgn bahagia
Sementara, membuatmu terus tabah menghadapi segala…
Aku rela sepenuh jiwa
Walau cuma seketika n sementara,

Di sini aku untukmu.
Tak kira waktu n ketika,
Saat kau perlu bahu n telinga…

Lantas jujurlah pada segenap rasa di jiwa
Kerna aku di sini untukmu

dan aku untukmu, kerna DIA...



::dedicated to ‘d little princess’ of mine, deep from my heart.::


mungkin ini yg pertama n terakhir dpt aku coretkan untukmu. kerna aku mungkin hanya mampu melihatmu dr jauh, juga hanya mampu mendoakanmu...kerna aku tidak mahu mengganggumu saat kau bahgia. namun andai suatu ketika kau perlukan teman, n tika itu di sisimu tiada sesiapa, maka aku di sini. untukmu

smoga slalu dalam kaseh-NYA.

juga, terima kaseh untuk sebuah rasa.

10 comments:

Asyima Binti Dollah said...

salam..terima kasih atas komennya yea..salam ziarah..senang2 jemput singgah lagi..semoga kita sama2 dlm rahmat ALLAH..

qarienupi said...

terima kaseh, hamba yg ESA...

Anonymous said...

Indahnya sebuah rasa...saya suka dengan entry ni...

qarienupi said...

terima kaseh anonymous,

sekadar mengungkap sebuah rasa.

ada apa2 rasa yg bisa dikongsi?

Anonymous said...

Diriku yang lemah
Kerana aku tahu aku yang serba kekurangan
Menjadikan aku diri yang lemah
Andai ada secubit rasa itu untukku
Segenap rasa syukur Alhamdulillah kupanjatkan

Kerna aku juga ada sebuah rasa yang sama
Pada insan2 yang kukasihi
Kutahu tak layak ku menagih kasih mereka
Kerna aku hanya insane yang penuh dengan kekurangan
Sedang mereka terlalu sempurna kurasa
Indahnya ukhwah yang mereka bina
Membuat aku mencemburui…kemesraan itu..

Kasihku pada mereka hanya tercurah di bait2 puisi
Mengharap ukhwah hanya dialam mimpi
Kerana rasa itu hadir menghiasi naluri
Membuah cinta tanpa ku sedari

Seperti engkau mengasihi insane itu
Seperti itu juga aku mengasihi mereka
Namun itu hanya secuil rasa pada jiwa ini
Yang tak mampu mereka teka apalagi turut merasa


Andai dari jauh dapat ku melihat mereka
Itu sudah cukup bagiku
Untuk merasa tenteram
Kerana mereka adalah inspirasiku…
Cukup sekadar sebuah rasa….aku bahagia…

tak pasti samada sama atau tak 'sebuah rasa" yang kita rasa tu.. tapi perasaan tu hadir untuk insan yang bernama kakak, sebab saya muda setahun dari diorang..
tak tahu kenapa saya suka tengok diorang tu...

boleh saya tahu siapa sebenar tuan empunya blog ni?

qarienupi said...

sebuah luahan rasa yang jujur wahai anonymous...

sebuah rasa yang DIA tiupkan di hati2 kita, sungguh suatu ni3mat dan kebahgiaan yang sangat bererti. buat mereka yang menghargai juga yang mencari.

sungguh, ukhwah yang mendamaikan jiwa apabila ukhwah itu kerna ALLAH...

pabila ukhwah kerna ALLAH, tiada tingkat yang memisahkan, kerna semua kita sama. sedang yang membezakan kita hanyalah di sisi ALLAH itu berupa iman dan taqwa pada-NYA.

siapa saya? he. saya hanyalah hamba ALLAH yang sangat hina, di medan bisu ini meluah rasa rindu dan cinta, juga sesekali menempias rasa benci dan kecewa.

saya pun pernah merasai 'sebuah rasa' yang saudara/ri anonymous rasa tika ini. merasa terhibur hanya dengan melihat senyuman di wajah mereka. he. uniknya sebuah rasa dari TUHAN ini, kan?

pe pun, trima kaseh kerna sudi berkongsi rasa dengan saya, juga kerna sudi berhenti di sini seketika. saya sangat menghargainya. doa saya, smoga anonymous slalu bahgia dalam rohmat-NYA.

de pe2 yang ingin dikongsi lagi? silakan...saya senang skali membacanya!

Anonymous said...

salam...takde idea nak kongsi apa2 lagi.. singgah je.. time kasih sebab sudi layan saya yang entah ape2 nie. dan terima kasih sebab beri saya turut merasai 'sebuah rasa'dan memberi inspirasi... semoga qarienupi pun berada dikalangan mereka yang sentiasa mendapat redha dan rahmat ALLAH, insyaALLAH..

qarienupi said...

smoga anonymous pun tergolong dari kalangan mereka2 yang hanya berharap pada-NYA lantas diredhoi dan dirohmati-NYA...

juga terima kaseh kerna sudi berziarah ke sini.

salam persaudaraan dr saya...

Anonymous said...

salam persaudaraan dari saya jugak...
kalau sudi singgah la ke http://cahayabingkisanrindu.blogspot.com
sekadar blog yang masih mentah dan entah apa2 lagi...

Anonymous said...

tq akak