_________
sudah sudahlah tu…
dah terlalu lama kau memandang ke langit
merenung dengan harapan yang menggunung
kerana dunia
kerana dia
yang sudah sudahlah…
yang lama biarlah…
yang pergi pergilah…
yang tinggal tinggallah…
esok,
andai nafasmu masih teratur
jantungmu masih ber lub dup
anggota dan hati bergerak sekali
tunduk tunduklah…
sapa sapalah…
yang ada di bumi
yang terdiam di tanah
entah esok lusa
memang disitu kau terarah
_________
qUpie
syaq6alex
16jul05
1 year ago
0 comments:
Post a Comment